Hari ini sebelum kita
mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat
berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya
apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh
tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta
dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada
keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada
Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal
terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin
mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor
kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal
dijalanan.
Dan di saat kita
letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang
cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita
menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak
berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam
kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan
bahawa kita masih hidup !
xoxo, Yayaomey.
0 orang puji Pinky Cun :3:
Post a Comment