mencari pengalaman sebagai kuli.


hi, and assalamualaikum.

12/12/11 aku pergi interview dekat sebuah kilang yang tak terkemuka. and disahkan aku dapat job tuh. then, 13/12/11 aku start kerja. 

and yeah its my 1st time okay, kerja di kilang yang besar bukan lah sesuatu yang mudah bagi aku. memang pada awalnya aku sangat tak suka dengan kerja kilang. tapi dah kengkawan ajak pergi interview Isnin tuh, aku pon pergi lha. 

lepas balik dari interview, aku terus dapat dilema. aku taknak kerja kilang. dan terus berusaha pergi cary kerja lain di sekitar Kulim. dan ternyata sia-2 sebab still tak dapat apa-2 kerja.

balik rumah. penat. 
fikiran buntu. taktahu nak kerja apa. tapi nak duit banyak. =.= lepas mandi malam tuh, mama tanya, nak kerja ke tak? diam. then cakap, "nak!", mama cakap okay. dalam hati takut. takut tak boleh buat kerja tuh. takut tak serasi dengan environment kilang. takut kena buli dengan leader and so on. 

tertido.
bangun pukul 6pagi. sebab uncle van cakap nak amek aku pukul 6.50 tapi baru pukul 6.12pagi, uncle dah sampai dekat rumah Kirah and... aku baru lepas mandi time tuh. aku terkejar-2.
sebab aku expect uncle akan amek aku lepas amek Kirah, rupanya... aku orang yang kedua terakhir, (secondlast).

buat suspender  jeh uncle tuh.
naik van pergi kilang tersebut. sangat sejuk dalam van. tangan sejuk, haty sejuk. dada sejuk semua sejuk.
bila dah sampai kilang. tunggu orang yang terlibat datang bagi tudung and vest. kakak tuh suruh tukar dalam surau. agak hell bila tudung kusut dan keras. grr. 

dah siap, kakak tunjuk cara nak punch card, bagi cover shoes sebab kebersihan dalam kilang kena utamakan. off the phone, tempat letak vest, and sedikit taklimat. 

masuk dalam kilang.
lagi sejuk gedik. ada aircond. phewww. tangan tambah ketaq. haha. ada kakak India bagi-2 kan kami yang 10 org kepada senior untuk ajar cara buat kerja. okay. aku dapat kerja yang agak mudah berbanding Amira and Dhira. kerja diorang aku rasa complicated kot berbanding aku. 

tapi. depa cekal dan tabah mengharungi hari-2 mereka menjadi kuli sementara menunggu menjadi Boss :')
12 orang pergi interview, 10 org start hari pertama. dan..... 5orang yang kekal di kilang itu.

buat kerja sampai tamat waktu. punch card pukul 5.34petang. naik van balik rumah. mandi. makan. cerita pengalaman aku dekat parents aku. penat. dan..... tidur. \goodnite/ pukul 8dah tido sampai pukul 6pagi keesokkannya, Isyak tertinggal :'(

kerjanya tak susah, boleh duduk. rehat 3kali. masuk pukul 7.45a.m-5.15p.m.
ada orang datang amek depan rumah and hantar balik depan rumah, kerja dalam aircond lagi. apalagi yang kita nak? *okay, aku promote jap. sapa nak mai kilang aku, boleh bagitau aku. :')

aku cuba bertahan selagi berdaya, kita kena ingat, tak senang nak jadi senang, dan tak susah nak jadi susah. 

lotof 
ameeraROSE

3 orang puji Pinky Cun :3:

Unknown said...

hye pinky blogger..so nice..i love to blogwalking here..oh ya..congratz yaa meera..enjoy ur job there..=)

Scha Rosl said...

@ChentaEty thankss awokk :) sudi-2 ler singgah yerr :)

farhan said...

ada keje keosong tak kat kilang tu..menganggur ni..kilang apa tu..ada asrama dgn transport ke..